Selamat Datang

Teratak Minda Tinta Jiwa







Thursday, July 8, 2010

Anak-anak dan air.


Anak-anak dan suami sukakan air.Tak kira air terjun ke, laut ke atau kolam.... sebut air....terus berebut nak pergi. Masa ni tahun 2009. Widad kecik lagi. Best juga. Atih yang rekomenkan Desa Water Park ni. Taklah crowded mcm Gambang Water Park.

Sunday, May 2, 2010

Aku sakit mata

Weh... susahnya... Mula-mula anakku umar yang sakit mata. Matanya bengkak. Dua kali pergi jumpa doktor. Doktor kata dia bukan sakit mata berjangkit. Salur air mata ke hidungnya tersumbat. Bila umurnya enam bulan nanti barulah ianya matang. Tup-tup selepas seminggu, habis semua ahli keluarga kecuali Balqis, kena jangkitan sakit mata. Sorry anak-anak muridku.... tak dapatlah aku nak masuk mengajar minggu ni. Lantas aku mencari info tentang sakit mata ini. Untuk rujukan semua.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.
Punca peryakit
1. bakteria( jenis haemophilus)
2. jangkitan virus (beserta selsema )
3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.
Jangkitan melalui:
· tangan yang tercemar
· tuala
· alat kosmetik
· bulu mata palsu
· kanta sentuh
tanda-tanda:
· gatal
· mata merah
· perit terkena cahaya
· mata bertahi
· bengkak mata
· sakit
· rasa “pasir” dalam mata
· kabur penglihatan
tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:
Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:
· mengelakan tangan menyentuh mata
· kerap menyuci tangan
· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan
· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata
· penggunaan kanta sentuh secara bersih
· memakai alat pelindung mata apabila perlu
· tidak berenang didalam kolam yang kotor
AMARAN:
Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda
· penglihatan berubah
· sakit mata yang bersangatan
· sakit ketika menggerakkan bola mata
· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat
· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti
· mata terlalu sensitive kepada cahaya
Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.
Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:
· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.
· Elakkan daripada menggosok mata.
· Kerap mencuci tangan.
· Jauhkan tangan daripada mata.
· Gunakan kacamata hitam.
· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.
· Elakkan menggunakan kanta sentuh.
· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.
Disediakan oleh:
Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan .sila hubungi Pegawai Perubatan PKPUUM untuk maklumat lanjut.

Tuesday, April 20, 2010

Datukku Pergi Buat Selama-lamanya

Mat Hussin bin Salleh adalah datukku.... Insan yang membawa aku mengenali apa itu sembahyang berjemaah, dia yang mengajar aku mengenali bacaan dalam sembahyang yang memperkenalkan aku apa itu sujud sejadah. Datukku telah pergi... pergi buat selama-lamanya akibat serangan angin ahmar. Al-Fatihah. Perginya dengan tenang bersama wajah yang cerah.Semoga ruh Tok Cek dirahmati Allah taala.

Sunday, March 28, 2010

Kasih Si Milo

Milo adalah seekor kucing. Bulu Milo berwarna putih bertompok coklat. Mata Milo biru. Milo ditemui oleh keluarga Pak Samad ketika mereka berkelah di Pantai Batu Buruk. Ketika itu Milo masih kecil. Keluarga Pak Samad amat menyayangi Milo.

Pak Samad mempunyai tiga orang anak. Seorang lelaki dan dua orang perempuan. Semua anak-anak Pak Samad menyayangi Milo. Milo di jaga dengan penuh kasih sayang. Milo diberi makan makanan kucing supaya ia sihat dan bulunya elok. Milo diberi tempat tidur di dalam bakul yang dilapik dengan kain.

Pak Samad adalah seorang pekebun sayur.Isterinya, Mak Milah selalu menolongnya di kebun. Anaknya yang kecil, Lia dibawa bersama ke kebun. Lia berusia dua tahun. Lia diletakkan di dalam buaian yang di gantung pada pohon ketapang berhampiran kebun Pak Samad. Anak-anak Pak Samad yang lain, Ida dan Adam sudah pun bersekolah.

Milo selalu mengekori Pak Samad. Bila Pak Samad berada di kebun, Milo akan bermain-main di bawah pohon ketapang. Ia akan mengejar belalang atau rama-rama yang berterbangan ataupun bermain dengan buah-buah ketapang yang jatuh. Ia tidak akan meninggalkan jauh buaian Lia.

Pada suatu hari, ketika Pak Samad dan Mak Milah bekerja di kebun, seekor ular sawa dari pohon ketapang, menyusur dan melilit tali buaian Lia. Milo ternampak ular tersebut. Ia berlari memberitahu Pak Samad dan Mak Milah, tetapi Pak Samad dan Mak Milah tidak menghiraukannya. Ia mengiau-ngiau dengan nyaring tetapi Pak Samad tidak faham.

" Apa yang kamu bisingkan ni Milo? Kalau lapar, nanti pulang Mak Milah bagi kamu makanan. Sekarang, jangan ganggu kami bekerja. Pergi jaga Lia." Arah Pak Samad.

Milo berlari pula ke arah Lia. Ular sawa itu sudah pun berada di dalam buaian Lia. Tanpa lengah, Milo menerkam dan menggigit ekor ular sawa tersebut. Ia cuba menarik ular itu dari buaian Lia. Lama dia berusaha, barulah ular itu berjaya dikeluarkan. Lia tersedar dari tidur dan dia menangis.

Mak Milah mendapatkan Lia. Alangkah terperanjatnya Mak Milah melihat Milo yang sedang bergelut dengan seekor ular sawa yang sebesar betisnya. Dia menjerit memanggil Pak Samad. Pak Samad dan dua orng pekerjanya datang dan membunuh ular tersebut.

Pak Samad memeluk Milo yang sudah lemah. Dia berterima kasih pada Milo. Kerana Milo, anaknya masih hidup. Kasih Milo menyelamatkan Lia. Selepas hari itu, Pak Samad dan Mak Milah tidak lagi membawa Lia ke kebun mereka. Lia ditinggalkan kepada jiran di sebelah rumah mereka. Milobertugas untuk menjaga Lia.

Friday, March 19, 2010

Hidup Jangan Putus Asa

Anak-anakku..
Dalam Hidup jangan putus asa. Kalau belajar, tak faham... tanya dan renungi sampai kita faham.

Thursday, March 11, 2010

Dendam 2

“Kamu ada dengar tak?” Mak Su Limah yang sedang menyapu sampah di laman menghentikan sapuannya. Matanya mengekori langkah payah Mek Yah Gempal. Wanita lingkungan 40-an itu melabuhkan punggungnya yang lebar itu di pangkin yang terletak di bawah pohon gajus yang rendang. Baju kebaya sendat lagi pendek dan kain selisih yang terbelah sampai ke pangkal paha itu memayahkan lagi pergerakannya.
“Eh! Kamu ada dengar khabar tak?” Mek Yah Gempal menyapu peluh yang meleleh di pipinya.
“Berita apa pula yang kamu bawa hari ini Mek Yah oi…?” Sebenarnya Mak Su Limah malas mahu melayan mulut Mek Yah.
Suaminya, Pak Su Dollah melarang keras dia mendengar Mak Yah bercerita. Tetapi mengenangkan hidup perlu berbudi bahasa, dia tetap juga melayan Mek Yah.
“ Kamu tak dengar ke…. Zuraida dah balik?”
“Zuraida…..? Dia dah balik?” Mak Su Limah berbasi-basi.
Sebenarnya, malam tadi Pak Su Dollah sudah mengkhabarkan padanya berita tetang menantu tak jadinya. Ngah Jali sendiri yang bercerita kepada suaminya tentang nasib yang menimpa Zuraida.
“ Dia balik bawak anak. Aku dengar khabar….. dia dah jadi gila.” Terjuih-juih mulut Mek Yah bercerita.
“Tak baik kamu cakap macam tu. Dia bukan gila… tapi meroyan.” Bela Mak Su Limah.
“Ooooo…. Kamu dah tahu tentang Zuraida. Buat apa kamu nak bela dia. Bukankah dia telah memalukan kamu sekeluarga. “
Memang, bila memikirkan apa yang telah Zuraida lakukan kepada mereka sekeluarga, dia akan rasa marah dan malu. Tapi bukan keluarganya sahaja yang malu. Keluarga Ngah Jali juga menanggung aib. Seminggu lagi majlis perkahwinan nak berlangsung, pengantin perempuannya menghilangkan diri. Kasihan Kamarul Zamri, anak ketiganya yang amat menyukai Zuraida. Kesannya, Kamarul Zamri tidak kahwin-kahwin sampai sekarang. Zulaikha dan Kamarul Hanafi yang menjadi galang ganti mengelakkan malu, sekarang dan beranak tiga.
Tetapi, bila mendengar cerita Pak Su Dollah malam tadi, dia menjadi kasihan kepada Zuraida. Itulah nasib tentuan Allah. Suami sendiri tidak mahu menerima anak yang dilahirkannya. Ngah Jali dihubungi oleh pihak hospital Kuala Lumpur, menyatakan bahawa anak perempuannya di tahan di wad sakit jiwa setelah ditemui oleh orang ramai cuba membunuh anaknya sendiri. Hari itu juga Ngah Jali ke Kuala Lumpur bersama Osman yang bekerja sebagai askar. Dia pernah bertugas di Kuala Lumpur sebelum ditukarkan ke sini. Susah payah Ngah Jali berusaha untuk keluarkan Zuraida dan membawa balik cucunya. Seminggu Zuaraida dibawa berubat di Bentung, rumah sepupu Osman. Sekarang Zuraida dah elok sikit. Kasihan Zuaraida.

Bersambung....
Hari ini keputusan SPM keluar. Masih terbayang diruangan ingatan, kerana aku yang suka menonton tv dan menulis cerita, orang percaya bila kunyatakan bahawa aku gagal dalam SPM. Sedangkan keputusanku masih boleh membanggakan keluarga. Biasalah... bagi orang-orang yang malas macam aku ni... Tapi sekarang aku dah insaf. Kalau aku rajin dulu... pasti tak perlu aku bersusah payah membahagikan masa mengulangkaji pelajaran, menjaga anak-anak, mengurus rumahtangga selain menjalankan tugas sebagai guru demi menggenggam segulung ijazah sekarang.